Senarai Pengiktirafan Kelayakan University Antarabangsa

Salam to all! Baru2 ni ramai orang tanya, macam mana nak semak status pengiktirafan sesebuah university di luar negara, especially Turkey. Tak kurang jugak yang nak tahu kot2 ada course2 baru yang ditambah ke list asal seperti yang saya share di blog lama saya sebelum ni. Maklumlah, ramai yang teringin nak belajar di bumi Turki, tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, x semua course yang ditawarkan di negara ini di iktiraf oleh kerajaan kita.

Berdasarkan pengamatan saya, x kurang juga dengan yang nak sambung belajar dalam bidang agama. Sesetengah tu pulak rasa negara Arab dah x cool so Turkey nampak lebih cool untuk di war-war kan kepada sanak saudara handai di waktu raya nanti. Boleh la buat modal kembang hidung di kenduri kahwin atau waktu open house hari raya nanti. Di sini saya nak jelaskan, walaupun bumi Turki pernah agung dengan kerajaan Uthmaniyyah satu masa dahulu, ianya kekal sejarah semata2. Kalau nak kata pasal agama, orang Malaysia jauh lebih Islamic berbanding orang Turki sendiri dalam lebih kurang 2-3 kali ganda. Jadi kepada yang betul2 nak belajar pasal agama tu, saya cadangkan sila pergi ke negara2 seperti Jordan, Madinah, Mesir dan sebagainya, tapi bukan Turki! Orang Turki cakap Arab pun x reti! Jangan kata cakap Arab, yang pandai baca Quran pun berapa kerat je yang ada :(. Jadi memang sangat2 tidak relevant. Tarikat yang merepek2 banyak lah!

Tapi, apa yang lebih penting saya ingin tekankan di sini, takkan nak gadaikan masa depan semata2 nak nampak cool dan ikut trend orang belajar kat luar negeri kan? Saya sure adik2 dan mak bapak sekalian berfikiran jauh lebih matang dari itu. Ye la, xkan nak berhabis duit beribu riban hantar anak ke Turki dan habis masa 4-5 tahun belajar lepas tu balik Malaysia degree x laku ye x?

Oleh itu di sini saya nak share link yang akan menunjukkan semua list2 university yang diiktiraf di Turki berserta dengan kursus yang diiktiraf sahaja. Kepada yang berminat, boleh layari link terbabit, tapi saya harap saya x lagi dihujani pertanyaan2 seperti “kalau course ‘x’, iktiraf x?” Kalau selepas melayari link terbabit, dan adik2 masih lagi ada rasa untuk bertanyakan soalan seperti di atas atau yang sewaktu dengannya, maka akak boleh beritahu adik, duduk je di Malaysia belajar, x yah susah2 habis duit mak bapak pergi belajar di luar negara, sebab salah satu cabaran utama belajar di luar negara ni adalah kena pandai berdikari.

 

Sistem Pengiktirafan Kelayakan

 

Advertisements